Jom Sihat, Cantik dan Menawan dengn Vitamin SHAKLEE.

Sunday, 27 October 2013

PUNCA URAT SIMPUL

PUNCA URAT SIMPUL

PUNCA TARIK MENGKARUNG/VENA VARIKOS
Sumber:http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Deritatarikmengkarung/Article/index

URAT simpul atau Vena Varikos (Varicose Veins) adalah satu masalah lazim yang dialami 15 peratus orang dewasa yang mana 10 peratus daripadanya adalah wanita selepas bersalin.

Vena varikos adalah keadaan yang mana salur darah vena yang besar, kelihatan berbelit-belit, bengkak dan membonjol. Ia sering berlaku dan cukup jelas di bahagian kaki dan belakang betis.

Punca berlakunya vena varikos adalah disebabkan sama ada pengaliran darah yang perlahan dan menyebabkan darah terkumpul di dalamnya atau injap di dalam vena tidak berfungsi dengan baik menyebabkan darah yang mengalir turun mengikut graviti terkumpul dalam vena kaki.

Mengikut sebuah artikel terbitan Kementerian Kesihatan, vena varikos terjadi atau menjadi lebih teruk ketika mengandung disebabkan oleh pembesaran janin yang menekan atau memberi tekanan ke atas vena di bahagian pelvik dan vena kava bawah (inferior). Vena ini yang besar, terletak di bahagian kanan badan yang menerima darah dari bahagian kaki dan sebahagian besarnya dari bahagian pelvis dan organ-organ abdomen. Keadaan ini akan meningkatkan tekanan darah dalam vena di kaki dan menyebabkan pembentukan vena varikos.

Di samping itu, peningkatan hormon progesteron menyebabkan dinding saluran darah mengendur. Apabila anak dalam kandungan membesar, rahim juga turut membesar, menjadikan vena-vena semakin jelas kelihatan. Ketika mengandung, anda akan lebih mudah mendapat vena varikos di kaki - walaupun ia boleh terjadi di mana-mana saja bahagian badan, seperti di leher.

Apa yang pasti, anda akan dapat melihat vena-vena atau urat yang berwarna biru di bawah kulit dengan jelas kerana membonjol atau timbul. Penghidapnya pula mungkin berasa sakit atau langsung tidak mengalami apa-apa masalah.

Vena varikos ini akan beransur-ansur hilang selepas bersalin. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian ini seperti sejarah keluarga yang
pernah mengalami vena varikos dan berat badan berlebihan.

Perunding Am dan Pakar Bedah Vaskular Pusat Perubatan Prince Court (PPPC), Dr Tan Kong Hean, berkata semakin meningkat usia pesakit, vena varikos yang tidak dirawat akan menjadi teruk dan serius malah lebih menakutkan lagi ia boleh menyebabkan ulser.

“Walau bagaimanapun, ia mengambil masa 10 hingga 20 tahun untuk menyebabkan ulser kerana kulit yang sudah rosak akan mengakibatkan luka yang besar terutama di buku lali. Rawatan segera amat penting sebelum ia luka ini kerana untuk pulih semula akan mengambil masa enam bulan,” katanya yang menjelaskan apabila pulih selepas rawatan ini, potensi untuk luka kembali adalah tinggi.

Menurut Dr Tan, Vena Varikos tidak dapat dicegah tetapi masalah ini boleh dikurangkan dengan langkah pengurusan diri yang baik seperti mengelak daripada mengenakan tekanan di bahagian kaki terutama sewaktu kehamilan.

“Apabila wanita hamil kerap merasa sakit, kejang, gatal dan kakinya bengkak, amalkan memakai stokin tekanan sepanjang masa, elak berdiri terlalu lama, jangan duduk bersilang kaki, lakukan senaman ringan dan angkat kaki sekerap mungkin,” katanya.

Vena Varikos biasanya akan hilang selepas bersalin namun sekiranya ia semakin serius sehingga mengganggu kualiti hidup, terdapat beberapa pilihan rawatan bergantung kepada tahap serius masalah vena berkenaan. Bagi ibu yang baru lepas bersalin, disarankan merawat malah ini enam bulan selepas melahirkan. Melakukan rawatan cahaya laser seperti ‘endeavour laser varicose’ sewaktu hamil adalah tidak digalakkan kerana ia boleh mengundang komplikasi.

Soalan : Adalah Shaklee boleh membantu dan bagaimana?
Shaklee mencadangkan Osteomatrix bagi masalah di atas kerana Kalsium Shaklee mengandungi Magnesium, Vitamin D, Zinc,Boron, Mangan dan copper serta ia bukan sahaja membina tulang dan gigi, malah ia membantu menetapkan ritma jantung, menyelesaikan masalah insomnia, membantu pengaliran gizi masuk dan keluar daripada membran, dan membantu dalam pembekuan darah. Kalsium juga sangat diperlukan dalam mempertahankan fungsi saraf dan otot, serta buah pinggang. Ia juga mengurangkan kadar kolesterol dalam darah.Magnesium pula penting untuk metabolisma kalsium. Ia membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang, salah satu punca yang dipercayai penyebab migrain. Satu kajian telah dibuat ke atas Magnesium, dan didapati ia membantu mengurangkan sakit kepala migrain dan mengurangkan frekuensinya.Vitamin D pula penting untuk penyerapan kalsium. Kalsium yang tiada vitamin D tidak boleh diserap oleh tubuh, dan boleh tertinggal sebagai batu dalam ginjal atau pundi kencing.






JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE 

 Yours Shaklee Independent Distributor 

♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 947031] 
♥ Contact No : 019-5249445 
♥ Emel : ibuqayyum84@gmail.com/hanieysyg@yahoo.com 

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 947031 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN.

 Penghantaran Shaklee Klang, Selangor, Terenggan , Negeri sembilan dan Seluruh malaysia, Indonesia, China & Taiwan. Untuk Maklumat Lanjut tentang keahlian / pembelian produk atau menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung terus dengan kami melalui :

 LIKE MY FanPage:https://www.facebook.com/IbuqayyumShaklee?ref=hl

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

No comments:

Post a Comment