Wednesday 4 June 2014

TIPS MENJEMPUT REZEKI

5 Tips Menjemput Rezeki

Sebenarnya banyak lagi cara MENJEMPUT REZEKI datang kepada kita tanpa DIKEJAR. Disini saya kongsikan 5 Tips Menjemput Rezeki yang MUNGKIN anda terlupa atau tidak tahu. Antaranya:

1. Dekat Diri Dengan Allah

- Firman Allah “Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.” -Dalam Surah At-Talaq atau lebih dikenali oleh orang kita ialah Ayat 1000 Dinar-

-Potongan ayat ini menjelaskan bahawa sesiapa yang BERTAWAKAL (Bergantung) kepada Allah, maka Allah permudahkan urusan seseorang tersebut. Pepatah juga mengatakan, "Janganlah bergantung semasa manusia kerana mereka juga hamba seperti kamu, lebih baik bergantung terus dengan Tuan yang memilik seluruh alam.

2. Ubah CARA BERFIKIR.

- Buang fikiran negatif didalam minda dan gantikan dengan fikiran yang lebih positif. Contohnya:

Saya kaya

Saya bahagia

Saya sihat

Saya bijak

Saya pandai mengatur masa

Saya pandai melakukan business

Kehidupan saya senantiasa dirahmati

3. Bersangka BAIK Dengan REZEKI

- Fikir apa perkara baik yang anda mampu lakukan sekiranya REZEKI yang kita terima lebih atau KAYA. Selain dari itu, jauhi perasaan dengki dengan kekayaan orang lain kerana dengan perasaan dengki itu, kita akan bersangka buruk terhadap rezeki.

4. BERDOA Dengan CARA Yang Betul Atau Tepat

- Al Quran telah menekankan tentang doa secara tepat. Kita perhatikan Surah Al Fatihah ayat 6;

“Tunjukilah kami jalan yang lurus.”Bagaimana jalan yang lurus itu? Ia dijawab dalam ayat 7;“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”

5. FOCUS

- Follow One Course Until Successful (Robert Kiyosaki). Dalam bahasa ringkas, buat sesuatu pekerjaan/tugasan sampai berjaya.

-Kebanyakkan yang ingin memulakan business sentiasa PLAN JALAN KEGAGALAN dengan menyebut "kalau bisnes ni lingkop, aku ada modal nak buat benda lain". Percaya atau tidak bisnes dia buat tadi lingkop?

Kenapa lingkop?

Kerana dia tidak fokus dengan bisnes sekarang dan mencari bisnes baru tanpa memikirkan jalan penyelesaian untuk bisnes yang sedang dia jalankan.


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment