Wednesday 18 December 2013

8 TIPS TAMBAH BERAT BADAN

8 Tips Tambah Berat Badan

8 Tips Tambah Berat Badan 

Jika bacaan BMI anda adalah kurang daripada 18.5 anda memang dikategorikan sebagai underweight. 
Kekurangan berat badan atau terlalu kurus pun disebut sebagai masalah berat badan. Bukan sahaja untuk mereka yang obesiti dan overweight.

Tahukah anda? Tubuh yang terlalu kurus juga berbahaya kerana anda kekurangan gizi dan nutrisi. Jika berat badan anda kurang dari ukuran ideal, maka ada baiknya sekiranya anda segera menjalani program penambahan berat.

Program menaikkan berat badan, biasanya dimulai dengan memastikan kalori yang diperlukan mencukupi. Walau bagaimanapun, anda memerlukan kalori lebih daripada yang diperlukan oleh tubuh untuk menjaga berat ideal.

Perlu diketahui, wanita memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari. Lakukanlah diet kaya kalori namun sihat. Sumber kalori sihat berasal dari minyak zaitun, almond, kentang, jagung dan juga keju. Anda juga harus memenuhi keperluan nutrisi penting seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan mineral dan air.

Ingin dapatkan berat badan lebih ideal, berisi tapi tetap sihat? Ikuti tips diet seperti yang disarankan oleh Times of India dan About.

1.Karbohidrat

Tubuh memerlukan karbohidrat sebagai sumber energi. Jika ingin menaikkan berat badan, anda harus mengambil karbohidrat secukupnya. Sumber karbohidrat yang baik berasal dari buah, sayuran dan gandum.

Karbohidrat sihat juga boleh diperolehi daripada nasi merah, roti dan sereal yang diperbuat daripada gandum. Gandum merupakan sumber serat dan nutrisi. Ia hendaklah di makan pada waktu ketika sarapan atau minum pagi. Tetapi pilihlah yang bebas gula atau hanya mengandungi sedikit sahaja gula.

2. Protein

Tubuh anda memerlukan protein untuk pembentukan otot, stuktur organ dan menjaga fungsi sistem imun tubuh. Anda perlulah berhati-hati dalam memilih sumber protein sihat, misalnya dari daging ikan, ayam dan kekacang. Anda juga boleh saja mengambil daging merah, tetapi mestilah dihadkan  hanya dua kali seminggu. Pilihlah daging potong segar dan hindarilah daging yang telah diproses seperti sosej,  bolognaise, pepperoni atau burger.

3. Lemak

Lemak diperlukan oleh tubuh sebagai pemberi tenaga, menjaga kesihatan rambut, kulit dan fungsi saraf. Dan semestinya ia memberi sumbangan kepada program penambahan berat badan. Tetapi, anda harus berhati-hati kerana ambillah lemak sihat seperti omega-3 dan omega-6.

Tahukah anda? Omega-3 berasal daripada ikan, makanan laut dan kacang kenari. Sementara omega-6 boleh diperolehi daripada minyak sayur. Misalnya minyak biji matahari, minyak kelapa dan minyak jagung. Tetapi janganlah mengambil secara berlebihan kerana ia boleh mengganggu keseimbangan metabolisme tubuh. Selain itu, anda juga memerlukan lemak yang terdapat pada minyak zaitun. Lemak jenis ini akan membantu sistem pembuluh darah tetap sihat

4. Vitamin

Ambillah sayur dan buah beraneka warna agar keperluan vitamin anda terpenuhi. Anda boleh mengambil beberapa sayur dan buah dalam sehari. Pada dasarnya, hampir semua buah mengandungi vitamin mulai dari vitamin A, C, E, D, B, K, dan sebagainya. Makanlah sedikit buah dan sayur mentah segar sehari.

5. Mineral

Kalsium, zat besi, zinc, fosfor, iodin, natrium, kalium, dan fluorin merupakan jenis mineral yang diperlukan tubuh. Jenis mineral ini masing-masing berfungsi membentuk serta menjaga kepadatan tulang dan gigi, membentuk hemoglobin dalam darah, mengatur kelancaran kerja otot, dan masih banyak lagi fungsi lainnya. Hampir semua bahan makanan mengandung mineral; buah, sayur, kekacang, daging merah, garam dapur, susu dan keju.

6. Air Putih

Minuman bersoda, cappuccino dan sari buah memang mengandungi banyak gula dan membuat anda cepat gemuk, tapi tidak sihat. Ambillah minuman sihat seperti jus jeruk, jambu, mangga atau smoothie sayuran. Dan yang paling penting adalah air putih. Sudah jelas, air putih berkhasiat melunturkan racun dalam tubuh, melancarkan sistem pencernaan, menjaga kelembaban kulit, menjaga kesehatan ginjal, dan sebagainya. Minumlah air sekurang-kurangnya 2 liter atau lapan gelas dalam sehari.

7. Olahraga

Berhentilah bermimpi mendapat tubuh berisi yang sihat jika anda sememangnya malas olahraga. Jenis latihan kardio seperti jogging, jalan cepat dan aerobik boleh membuatkan tubuh nampak berisi tapi tidak menggelambir kerana lemak berlebih. Selain itu lakukan latihan angkat beban sebagai beban. Latihan ini bisa membentuk dada dan lengan lebih elok. Gunakan satu beban dan tahan di atas kepala, gerakkan perlahan ke belakang kepala. Lakukan gerakan ini dengan tangan kiri dan kanan secara bergantian. Anda juga bisa mengangkat satu beban dengan kedua tangan dengan gerakan yang sama. Ingat untuk mengistirahatkan otot-otot setiap satu hari setelah latihan untuk masa pemulihan.  Ambil botol air 550ml dan buat angkatlah seperti angkat berat.

8. Hindari Junk Food

Hentikanlah kebiasaan anda mengambil junk food seperti burger, hot dog, pizza, kraker atau daging olahan yang dibekukan. Makanan jenis ini mengandungi lemak jenuh dan lemak trans yang tidak hanya mempunyai lemak yang banyak tetapi juga meningkatkan kadar kolesterol jahat. Pilihlah makanan yang mengandungi sedikit atau tanpa gula dan yang paling penting, rendah lemak dan kalori.

Di sini, Kami cadangkan anda untuk mengambil Vitamin Berikut
set tambah berat badan, shaklee , meal shake, vita lea , b complex , shaklee klang , shaklee andalas, shaklee selangor , shaklee shah alam, kebaikan meal shake , kebaikan b complex
credit: vitaminsihatcantik.com

Penghantaran Shaklee Penang ,Kedah , Perlis ,Perak , dan Seluruh Malaysia,Indonesia,China dan Taiwan.Untuk Maklumat lanjut tentang keahlian /Pembeliaan produk@menjana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalu


JOM BERUBAH! SIHAT BERSAMA SHAKLEE Yours Shaklee Independent Distributor 
♥ Shaklee Independent Distributor [ ID No : 947031] 
♥ Contact No : 019-5249445 
♥ Emel : ibuqayyum84@gmail.com/hanieysyg@yahoo.com 

 Jika anda WALK IN di mana-mana BRANCH SHAKLEE, silalah menggunakan ID saya 947031 untuk mendapatkan supplement anda dengan HARGA YANG ISTIMEWA DAN MENJIMATKAN. 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. Terima kasih kerana membaca entry ini. Jika anda rasa ia berguna, sila klik share. 'Sharing Is Caring'

No comments:

Post a Comment